Bagaimana membeli dan menjual Dinar? PDF Cetak Emel

Bagaimana untuk Membeli Dinar Emas Public Gold
Tempahan Harga

  1. Hubungi 04-6449999 dan anda akan diberi harga pasaran semasa dalam Ringgit Malaysia (RM) dan sebagai langkah persediaan boleh melayani laman web rasmi di www.publicdinar.com untuk melihat harga pasaran semasa (Harga pasaran semasa yang terpapar di dalam laman web rasmi adalah tidak termasuk caj pengangkutan). Anda juga boleh menghantar mesej pendek (SMS) melalui telefon bimbit dengan cara dibawah:
    • Hantar “public dinar” ke 32828
  2. Caj Pengangkutan akan dikenakan bagi sebarangan penghantaran ke Sabah dan Sarawak dan caj adalah seperti berikut:
    Item
    Caj Pengangkutan bagi Malaysia Timur (RM)
    1 Dinar 4.25 grams
    10
    5 Dinar 21.25 grams
    20
    10 Dinar 42.5 grams
    30
  3. Sekiranya anda sudah bersedia untuk membuat tempahan, anda akan menerima penjanjian menerusi laman web atau faksimili bersama dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan jumlah harga pembelian anda.
  4. Melalui penjanjian, segala pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh masa 1 ½ jam dan tempoh masa tersebut akan dinyatakan dalam penjanjian.
  5. Anda dikehendaki untuk mengfakskan slip bank bersama dengan surat penjanjian yang siap ditandatangani kepada kami di 04-6464916 ataupun email ke Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya .
  6. Anda diminta membawa slip bank yang asal kepada kami semasa anda hendak mengambil stok emas.
  7. Waktu urusan perniagaan adalah seperti berikut:
    Isnin hingga Sabtu     dari pukul 9am – 7pm
    Ahad                        dari pukul 9am – 4pm

    Jikalau tempahan anda adalah dibuat sebelum pukul 1pm, maka pembayaran anda dibenarkan dibayar paling lewat sebelum pukul 4pm. Jikalau tempahan anda adalah dibuat selepas pukul 4pm, maka anda dibenarkan membuat bayaran paling lewat pada keesokan hari sebelum 1pm. Jika anda ingin membuat tempahan selepas waktu perbankan, pembayaran boleh dilakukan melalui :
    Cara Pembayaran bagi tempahan dari jam 9 pagi hingga 4 petang Isnin hingga Jumaat
    Cara Pembayaran bagi tempahan selepas waktu perbankan
    • Tunai
    • Kad Kredit (surcaj 3%)
    • Pemindahan melalui ATM (Dari Maybank kepada Akaun Public Gold di Maybank atau Public Bank kepada Akaun Public Gold di Public Bank sahaja).
    • Pemindahan Wang melalui Internet Perbankan (Dari Maybank kepada Akaun Public Gold di Maybank atau Public Bank kepada Akaun Public Gold di Public Bank sahaja).
    • Pengeluaran tunai dari bank semasa anda dan bank masuk ke akaun bank kami.
      *Sila isikan nama penuh/nombor SO/nombor PG (untuk sesiapa yang membuat tempahan secara online) dalam petak Keterangan Urusniaga (hanya untuk slip bayaran Maybank).
    • Pemindahan telegraf dari bank ke bank yang sama. Misalnya, Maybank ke Maybank dan bukan Maybank ke Public Bank.
      *Sila isikan nama penuh/nombor SO/nombor PG (untuk sesiapa yang membuat tempahan secara online) dalam petak Keterangan Urusniaga.
    • Bank masuk wang tunai di mesin deposit tunai.
    • Tunai
    • Kad Kredit (surcaj 3%)
    • Pemindahan melalui ATM (Dari Maybank kepada Akaun Public Gold di Maybank atau Public Bank kepada Akaun Public Gold di Public Bank sahaja).
    • Pemindahan Wang melalui Internet Perbankan (Dari Maybank kepada Akaun Public Gold di Maybank atau Public Bank kepada Akaun Public Gold di Public Bank sahaja).
    • Bank masuk wang tunai di mesin deposit tunai.
    Maklumat Akaun Public Bank Kami
    Maklumat Akaun Maybank Kami
    Bank:
    PUBLIC BANK BERHAD
    Cawangan:
    RELAU BRANCH, BAYAN LEPAS, PENANG
    Nama Akaun:
    PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD
    No. Akaun:
    3148136630
    Swift:
    PBBEMYKL
    Bank:
    MAYBANK BERHAD
    Nama Akaun:
    PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD
      No. Akaun:
    507134241707
    Swift:
    MBBEMYKL
  8. Pengesahan tempahan akan dihantar melalui emel kepada anda apabila kami mengesahkan tempahan anda selepas menerima bayaran anda.
  9. Pengaturan untuk mengambil barang-barang tempahan anda dari ibu pejabat, cawangan-cawangan atau pengedar-pengedar kami. Perkhidmatan penghantaran akan hanya diberi kepada minimum tempahan dengan RM100,000 (Semenanjung Malaysia) dan RM200,000 (Sabah/Sarawak).

Bagaimana untuk Menjual Jongkong Emas dan Syiling Emas kepada Public Gold
Secara terus

  1. Bawa bersama emas anda dan hantar ke ibu pejabat atau pengedar kami (bagi kuantiti emas yang kecil sahahja) dan anda akan diberi harga pembelian pasaran semasa untuk membuat penjualan.
  2. Jika anda bersetuju dengan tawaran harga pembelian, urusniaga akan dilakukan.
  3. Wakil jualan akan meminta sijil surat pengesahan daripada anda. Kegagalan untuk mengemukakan sijil pengesahan akan dikenakan caj penalti.
  4. Satu pemeriksaan akan dilakukan untuk menentukan keberatan dan ketulenan emas.
  5. Kami akan mengeluarkan satu resit / bil kepada anda.
  6. Anda akan menerima bayaran dalam tempoh masa satu hari kerja.
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 12 January 2010 )